Bapa Mertua suka peluk bahu saya. Dia cakap tidak apa dia sudah anggap seperti anak. Tetapi..

Assalamualaikum admin dan semua warga KRT. Mohon hide profile facebook ini kerana kepunyaan adik kawan saya. Nama saya Zana dan berumur 21 tahun. Saya sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan mempunyai sepasang bayi kembar seiras.

Suami saya bekerja sebagai arkitek pelantar minyak. Masalah rumah tangga saya ini bermula bila ibu saya dan bapa mertua saya selalu campur tangan dalam urusan rumahtangga saya.

Video Seterusnya Ini Hanya Untuk 18Thn Ke Atas Sahaja. Budak Bawah Umur Jangan Nak Gatal Tengok. Klik Gambar Kotak Di Bawah Dan Masukan Password ( 1234 )

Dua minggu lepas maklum lah suami saya boleh balik sekali sekala sahaja dari tempat kerja kerana bertugas jauh di Sabah. Saya pula menetap bersama kembar di utara tanah air bersama ibu saya. Ibu bapa saya sudah lama bercerai.

Suami saya cakap dia perasan perangai ibu saya yang suka mencampuri urusan rumah tangga kami. Saya hanya mampu berdiam. Suami saya cakap, kalau boleh dia hendak bawa saya tinggal bersama ibu dan ayah dia.

Saya suarakan hasrat suami saya itu kepada ibu. Ibu hanya tersenyum sinis. Ibu kata pergilah keluar dari rumah ini. Tapi ingat kalau sudah keluar jangan jejak kaki di sini lagi. Dia mengamuk baling pinggan mangkuk. Sampai jiran tetangga datang tengok apa jadi. Dia burukkan saya dekat semua orang. Dia cakap saya anak derhaka. Allahh.

Malam itu suami saya bawa saya balik kerumah ibu bapanya di Selangor. Minta maaf ibu bukan kak ngah hendak menderhaka. Kak ngah cuma hendak selamatkan rumah tangga kak ngah.

Tapi, rupanya tinggal di Selangor pun ada masalah juga. Ibu mertua memang sangat baik dengan saya. Tapi bapa mertua hmmm. Miang keladi. Maklumlah saya ada anak kecil. Waktu saya menyusu badan saya akan menyusu di dalam bilik.

Dia akan masuk ke dalam bilik dan tengok saya susukan anak. Bapa mertua saya muda lagi dalam umur 48 tahun. Saya jadi segan dengan bapa mertua saya. Kalau saya di dapur dia suka ke dapur juga. Dia suka peluk bahu saya. Dia cakap tidak apa dia sudah anggap seperti anak. Tetapi sungguh saya tidak selesa.

Sekarang suami sudah bertugas semula. Saya tinggal di Selangor bersama emak dan bapa mertua. Saya rasa sangat susah hati dan bercelaru. Saya mohon warga KRT dapat memberikan pendapat yang bernas kepada saya. Tqvm.

Video Seterusnya Ini Hanya Untuk 18Thn Ke Atas Sahaja. Budak Bawah Umur Jangan Nak Gatal Tengok. Klik Gambar Kotak Di Bawah Dan Masukan Password ( 1234 )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *