Allahu. Semoga Mira sembuh…

MENGIKUT perkiraan doktor, kanak-kanak ini hanya mampu bertahan hingga umurnya mencecah lima tahun.

Kini, Mira Syarmiela Saufie, sudah berusia empat tahun dan jika ramalan doktor itu menjadi sandaran, bermakna kanak-kanak comel yang mengidap penyakit ‘myocarditis arrhythmia’ itu mampu hidup setahun lagi.

Tengok Gambar Dan Video Seterusnya. Hanya Untuk Yang Kuat Semangat Sahaja. Klik Gambar Kotak Di Bawah Dan Masukkan Password ( 1234 )

Bapanya, Saufie Mornie, 33, berkata, doktor juga memaklumkan, berdasarkan rekod perubatan hanya seorang dari 100 pengidap penyakit itu mampu pulih hingga dewasa.

“Mendengar penjelasan doktor, saya hanya mampu berserah dan menerima apa sahaja yang bakal berlaku.

“Namun, pada masa yang sama, saya terus berharap agar anak saya ini menjadi antara seorang daripada mereka yang terselamat dari penyakit ini,” katanya.

Saufie yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di kilang di Demak itu berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu mula dikesan mengidap penyakit berkenaan iaitu denyutan jantung dan nadi tidak sekata, sejak berusia setahun tujuh bulan.

“Sebelum diserang penyakit itu, anak saya ini sudah pandai berjalan dan bercakap. Dia cukup ceria dan amat aktif ketika itu.

“Namun, ketika usianya setahun tujuh bulan, anak saya tiba-tiba pengsan dan koma selama dua bulan,” katanya.

Saufie berkata, sebaik sedar dari koma, doktor memaklumkan penyakit yang dihidapi anaknya itu dan peluang untuknya hidup hingga dewasa amat tipis.

“Luluh hati saya mendengar penjelasan doktor, namun saya menerimanya sebagai takdir,” katanya yang kini tinggal di rumah keluarganya di Kampung Tupong Hulu, Petra Jaya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit, Mawar Mut, 27, pula berkata ketika koma, lidah anaknya yang mesra disapa Mila itu terputus selepas digigitnya sendiri.

“Sebab itu doktor mencabut empat batang gigi bahagian bawah kerana bimbang dia terus menggigit lidahnya sendiri,” katanya.

Seperti suaminya, Mawar turut mengharapkan keajaiban dan mahu melihat anak bongsunya itu membesar bersama abangnya yang berusia sembilan tahun dan kakaknya yang kini enam tahun.

“Kami sayangkan Mila dan berharap Mila pulih seperti sedia kala. Tetapi andainya Tuhan lebih sayangkannya, kami pasrah dan menerima ketentuanNya,” katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/342059/semoga-mira-sembuh

Tengok Gambar Dan Video Seterusnya. Hanya Untuk Yang Kuat Semangat Sahaja. Klik Gambar Kotak Di Bawah Dan Masukkan Password ( 1234 )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *